Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kar] | لاکر

Definisi : 1. masih dikerjakan, belum siap lagi (perahu); 2. = lakaran gambar (yg dilukis) secara kasar, rajah, rangka; melakar melukis rangka (rajah, gambar, dll) secara kasar; melakarkan membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda; pelakaran perihal (proses atau perbuatan) melakar atau melakarkan: ~ merupakan satu cara yg baik utk mendapatkan gambaran yg dimaksudkan; pelakar 1. orang yg membuat lakaran; 2. alat yg digunakan utk melakar atau me­lakarkan sesuatu: ~ yg mudah biasanya mempunyai format vektor-8; bagi kes ~ dram, kedua-dua kertas dan pen bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.kar] | لاکر

Definisi : 1 masih dikerjakan; belum siap lagi (bkn perahu dll). 2 = lakaran gambar yg dilukis secara kasar; rajah. melakar melukis secara kasar; membuat rajah. melakarkan membuat rajah (rangka) sesuatu benda; merajahkan. pelakaran perihal, perbuatan dsb melakar atau melakarkan. pelakar 1 orang yg membuat lakaran. 2 alat yg digunakan utk melakar atau melakarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakar
Rujuk :lukis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAMBANG DEWAN

LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas  pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas