Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ki] | لاکي

Definisi : (kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami isteri; ~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan; berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya; berlakikan berkahwin dgn (bkn perem­puan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; memperlaki mengambil jadi laki: perkelahi­an berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; memperlakikan mengahwinkan (anak pe­rempuan), memberi laki (kpd anak perem­puan): dia belum hendak ~ anaknya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki] | لاکي

Definisi : ; ~ padi sj burung, pipit padang, Anthus novaeseelandiae malayensis; burung ~ padi sj burung, cekup layang, burung main angin, ciuk tinting, Cisticola juncidis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki] | لاکي

Definisi : pasangan hidup kpd seseorang perempuan (agak kasar jika dibandingkan dgn perkataan suami): ~ bini suami isteri. laki-laki, lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. berlaki mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. berlakikan berkahwin dgn (bkn wanita); bersuamikan: Susah hidup kalau ~ orang pemalas. memperlaki mengambil jadi laki. memperlakikan mengahwinkan anak perempuan. kelaki-lakian, kelelakian 1 sifat laki-laki; tingkah laku laki-laki. 2 keberanian; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laki
Rujuk :suami

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
ORANG-ORANG BLOOMINGTON

ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu “Laki-laki Tua Tanpa Nama”, “Joshua Karabish”, “Keluarga M”, “Orez”, “Yorrick”, “Ny. Elberhart”, dan “Charles Lebourne”. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita “akuan”. Justeru, cerita tentang tokoh ‘aku’ ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan.

SASTERAPenerbitan
WAN A. RAFAR

WAN A. RAFAR (1947-     ) penyair.  Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Rafar @ Yaakub bin Ishak.  Dia lahir pada 3 Februari 1947 di Pasir Mas, Kelantan.  Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Laki-laki Pasir Mas pada tahun 1954, manakala pendidikan menengahnya diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Pasir Mas (1960-1964).  Sewaktu di sekolah menengah, dia aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan bersama rakan-rakannya, dia pernah mementaskan Atap Genting Atap Rumbia).

SASTERATokoh
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI

Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996), Ketua Turus Angkatan Tentera (1969-1970). Beliau lahir pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau, Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan dan Government English School dan kemudiannya memasuki Special Malay Class pada tahun 1937.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAMSURI

SAMSURI (1925 -     ), ahli bahasa Indonesia.  Dia lahir pada 31 Julai 1925 di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Schakelschool di Mojokerto dan Hollandse Kweekschool di Yogyakarta.  Dia kemudian memasuki Sekolah Guru Laki-laki di Yogyakarta dan tamat pada tahun 1943.  Selepas itu dia memasuki Sekolah Guru Atas di Surabaya dan tamat pada tahun 1953.  Samsuri melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Yogyakarta, dan tamat pada tahun 1956.  Dia memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang linguistik dari Indiana University pada tahun 1958.  Dari tahun 1963 hingga 1965, dia melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah, juga dalam bidang linguistik.

BAHASATokoh
YAHAYA ISMAILYAHAYA ISMAIL (1940-    ), penulis dan pengkritik sastera dan politik.  Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak.  Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar,  pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang.  Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973.SASTERATokoh

Kembali ke atas