Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kon] | لاکون

Definisi : 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karang­an yg berupa sandiwara (terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa (kejadian dll): ~ yg menyayat hati; berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang, dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~ sbg ibu; 2. ki berpura­pura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yg bukan sifat se­benarnya: tak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg sebenarnya; melakonkan 1. mementaskan atau memain­kan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandi­wara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruh­nya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal ber­lakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandi­wara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.kon] | لاکون

Definisi : cerita dlm sandiwara (drama, filem dsb). berlakon 1 bermain atau berlagak spt dlm sandiwara (drama, filem dsb); mengambil bahagian dlm sandiwara dll: Dia ~ sbg ibu dlm drama itu. 2 berlagak atau berpura-pura menunjukkan kelakuan yg bukan tingkah lakunya yg sebenar: Janganlah ~ di depan saya kerana saya tahu siapa kamu. melakonkan 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. lakonan cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara, filem dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAKON MORALITI UMUM 
LAKON MIRAKIL UMUM 
LAKON

Lakon, cerita yang dipentaskan. Lakon merupakan padanan kepada istilah bahasa Inggeris, play yang juga dikenali sebagai drama atau teater.

SASTERAKonsep
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KOMEDI

Komedi ialah bentuk lakon berkenaan aspek

lucu atau jenaka kelakuan manusia. Kebanyakan

komedi mempunyai suasana persendaan dan

berakhir dengan kegembiraan.

UMUM 
RICE, TIM

Rice, Tim (1944– ), penulis dan penyiar British,

menjadi terkenal dengan usahasamanya bersama

Andrew Lloyd Webber yang menghasilkan lakon

muzikal Joseph and the Amazing Technicolour

Dreamcoat (1968), Jesus Christ, Superstar (1970), dan

Evita ! (1976).

UMUM 
ARNE, THOMAS

Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu

Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule,

Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi

dengan muzik amat penting dalam perkembangan

opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff,

seorang penulis drama Irish, bekerjasama

menghasilkan balada seperti Love in a Village .

Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon

Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari

lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London.

UMUM 
JIKEY

JIKEY, teater tradisional yang menggabungkan unsur lakon, muzik, tari dan lagu yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia, khususnya Perlis dan Kedah. Kesenian ini hampir sama bentuknya dengan makyung yang terdapat di negeri Kelantan. Jikey juga dikenal dengan beberapa nama lain yang hampir sama bunyinya, seperti ‘dikey’ dan ‘likay’.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KETOPRAKKETOPRAK, seni lakon di Jawa Tengah. Ketoprak diperkenalkan pada tahun 1920-an. Asal usul lakonan ini bermula daripada kisah seorang pegawai Pakubuwono IX di Yogyakarta yang tertarik hati pada sekumpulan wanita desa yang sedang menyanyi sambil menumbuk padi dengan menggunakan lesung. Bunyi dan irama lesung itu telah menarik perhatian pegawai tersebut. Dia, kemudiannya, menggubah irama tersebut dengan mengadunkannya dengan alat muzik tradisional yang lain. Hasil ciptaannya ini dinamakan ketoprak, iaitu berasal daripada perkataan ‘ketuk’.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
WAYANG KULIT

WAYANG KULIT, seni lakon yang menggunakan watak-watak patung yang digerak-gerakkan.  Asal usul wayang kulit tidak diketahui dengan jelas.  Mengikut Oto Spies, Sabri East Siya Siyavusyil dan William Ridgewary, wayang kulit berasal dari India.  Berhold Lauter mencatatkan bahawa negara China merupakan tempat asal wayang kulit.  Hazeu pula menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari Jawa kerana terdapat perkataan Jawa kuno dalam wayang kulit Purwa.  Ada juga pendapat yang menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari India kerana wayang kulit di Asia Tenggara menceritakan tentang epik Hindu, iaitu Mahabrata dan Ramayana.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas