Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ko.nan] | لاکونن

Definisi : 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal ber­lakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ko.nan] | لاکونن

Definisi : cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ko.nan] | لاکونن

Definisi : cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROLOG

Prolog ialah pengenalan bagi lakonan atau tulisan-

tulisan lain. Istilah ini berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bererti sebelum dan perbincangan .

Prolog menjelaskan keadaan pada waktu babak

pertama lakonan dimulakan atau mungkin

menjelaskan sesuatu lakonan secara umum.

UMUM 
NEWMAN, PAUL

Newman, Paul (1925– ), pelakon lelaki

Amerika, yang menjadi masyhur kerana lakonan

aksinya dan kajian perwatakan yang meyakinkan

dalam filem. Dia memegang peranan orang asing

atau pemberontak dalam banyak filem lakonannya.

Newman memenangi Academy Award pada tahun

1986 sebagai pelakon lelaki terbaik kerana

lakonannya dalam The Color of Money .

UMUM 
ORATORIO

Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk

penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan

cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh

penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa

sebarang lakonan, kostum atau latar belakang

pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai

watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan

peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan

atau latar belakang, kesan teater seperti api dan

ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra.

Kebanyakan oratorio mempunyai seorang

pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo

dan memberi maklumat lanjut tentang cerita.

UMUM 
PRASEMBAH

Prasembah ialah muzik yang dimainkan sebagai

pembuka kepada muzik lain, ataupun

dipersembahkan sebelum sesuatu lakonan atau

opera dimulakan.

UMUM 
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
PUISI SIMFONI

Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang

cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam

muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni

pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah,

pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah.

Puisi simfoni berkembang daripada overtur

konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi

simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian).

Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas

dan lebih panjang.

UMUM 
MIMOS

Mimos ialah berlakon tanpa kata-kata. Perkataan

bahasa Inggeris mime berasal daripada perkataan

Yunani yang bermaksud semua mimik. Mimos

biasanya merujuk suatu lakonan pendek yang tidak

menggunakan perkataan. Pelakon bercerita dengan

menggunakan gerak isyarat. Mimos terkenal pada

tahun 1700-an dan tahun 1800-an.

UMUM 
PESTA ADELAIDE

Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali.

Pesta ini menarik penyertaan para penghibur

terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat

penghibur tempatan, serta merangsangkan seni

kreatif dan lakonan di Australia.

UMUM 
LONGSER

Longser ialah bentuk seni pentas yang menggabungkan persembahan muzik, tarian, dan lakonan.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
MENANDER

Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama

Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi.

Karyanya hanya diketahui melalui fragmen

lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama

Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya

lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula

dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya

dijumpai semula pada tahun 1959.

UMUM 
123

Kembali ke atas