Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kuer] | لاکوءر

Definisi : sj varnis utk menyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau logam, sampang: ke­banyakan perabot kayu disaluti ~; melakuer menyapukan lakuer pd sesuatu: proses atau kerja ~ perabot kayu itu akan dibuat kemudian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lakuer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAKUER UMUM 
SUMAC

Sumac ialah nama bagi sekumpulan pokok kecil

dan pokok renek dalam famili gajus. Sesetengah jenis

sumac adalah beracun, tetapi jenis-jenis lain tidak

beracun dan mempunyai kegunaan komersial.

Contohnya, sesetengah spesies di timur Asia, seperti

sumac Cina, adalah sumber penting lakuer dan lilin

semula jadi. Pokok asap biasa di selatan Eropah dan

Asia membekalkan tanin, iaitu bahan yang digunakan

dalam menyamak dan mencelup. Puru (ketumbuhan)

sumac potanin Cina digunakan untuk membuat

dakwat.

UMUM 
SYELEK

Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada

kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia

digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah

bentuk kering suatu bahan melekit yang

dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek

disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam

larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang

berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning,

jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan

menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam

pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan,

dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras.

Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis.

UMUM 

Kembali ke atas