Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.li] | لالي

Definisi : 1. tidak berasa apa-apa (pd kulit dll), hilang perasaan: selepas diberi ubat dia pun ~; buku ~ mata kaki; 2. sudah biasa benar dgn sesuatu hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dll): suara jerit pekik itu telah ~ pd telinganya; melalikan menyebabkan tidak sedar, men­jadikan tidak berasa apa-apa (pd kulit dll): telah berbelas-belas tahun ia tinggal di kota yg banyak pemandangan indah-indah yg ~ perasaan dan melenakan fikiran; kelalian keadaan atau rasa lali; pelalian perihal melalikan; pelali (ubat dll) yg boleh melalikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.li] | لالي

Definisi : sj ikan darat, Botia hymenophysa; ~ pelanduk sj ikan darat, Botia modesta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.li] | لالي

Definisi : 1 tidak berasa apa-apa pd kulit; hilang perasaan: Selepas dibius, dia pun ~. 2 biasa benar dgn sesuatu hal sehingga tidak terasa susah lagi: Hidungnya sudah ~ dgn bau busuk dr kilang getah itu. melalikan menjadikan tidak berasa apa-apa atau tidak sedar. kelalian keadaan atau rasa lali. pelalian 1 perbuatan atau proses melalikan. 2 suntikan vaksin yg diberikan supaya tidak dijangkiti sesuatu jenis penyakit. pelali ubat dll yg dpt melalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lali (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, hilang perasaan, balu.,

Puisi
 

Encik Mat jalan berlenggang,
     Satu dua ranting tak patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUKU LALI

Buku lali ialah sendi yang menyambungkan betis

dengan kaki. Sendi ini membolehkan kaki bergerak

naik turun.

UMUM 
MOKASIN

Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk

seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli

Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada

kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya

dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak

mempunyai tumit dan muat-muat dipakai.

Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya

memanjang hingga ke lutut.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
SARUNG

SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut  atau pinggang hingga ke paras buku lali.  Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas