Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melam­pau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Baiklah baik memincang payung,
     Naik ke lampau memukul gendang;
Kalau sudah hatiku hayung,
     Rugi sedikit mana dipandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBERALIRAN LAMPAU

Keberaliran lampau ialah fenomena apabila

logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan

elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada

logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar

mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah

menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu

tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir

lampau pada suhu setinggi –148 ° C.

UMUM 
SEJARAH

Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau

manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai

kejadian masa lampau dan menyediakan catatan

baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan

ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga

dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan

sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan

maklumat tentang kejadian-kejadian dalam

sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian

Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan

benua, bandar, negara dan provinsi.

UMUM 
NORNS

Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi

Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik-

beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi

(masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang

yang tua dan memandang kepada masa lampau.

Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu

kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa

hadapan, dan memandang ke arah bertentangan

dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia

dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang

Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat

banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk

setiap orang.

UMUM 
ARKEOLOGI

Arkeologi ialah kajian saintifik tentang tinggalan

budaya manusia pada zaman lampau. Ahli

arkeologi menyelidik kehidupan manusia awal

dengan mengkaji objek yang mereka tinggalkan.

Objek ini termasuk bangunan, kerja seni, perkakas,

tulang-belulang dan barang tembikar. Ahli

arkeologi mungkin membuat penemuan yang

menarik, seperti makam yang berisi emas atau

runtuhan puing-puing kuil yang indah di tengah-

tengah hutan.

UMUM 
POWER HOUSE MUSEUM

Power House Museum di Sydney, Australia,

mempamerkan barang-barang sains dan teknologi

dari zaman lampau Australia.

UMUM 
KALA

Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa

sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian

masa – kini, lampau dan depan (kelak).

UMUM 
TAMADUN LEMBAH INDUS

Tamadun Lembah Indus adalah antara

tamadun yang terbesar di dunia. Tamadun ini

berkembang kira-kira 4500 tahun yang lampau dan

bertapak di dataran sungai yang kini terletak dalam

negara Pakistan dan di bahagian barat laut India.

Tamadun ini dikenal juga sebagai Tamadun

Harappa . Nama ini bersempena dengan nama

bandar Harappa di Pakistan, iaitu tempat ahli

arkeologi mula-mula menemui kesan tinggalan

tamadun tersebut.

UMUM 
PERAMALAN

Peramalan ialah amalan mencuba mengenal

pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara

magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap

dapat mempelajari tentang masa lampau, masa

kini, atau masa depan. Sesetengah peramal

percaya mereka boleh tahu sebab-musabab

berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit

atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali

sebagai dowser, mendakwa mereka boleh

menentukan tempat air berada di bawah tanah.

Malah ada yang percaya mereka boleh

meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan

meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini

oleh seseorang itu.

UMUM 
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

“pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan – nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM 
MENUHIN, SIR YEHUDI

Menuhin, Sir Yehudi (1916–1999), pemain

violin Amerika yang sangat berbakat luar biasa

semenjak kanak-kanak lagi. Dia menggalakkan

gubahan muzik kontemporari serta

menghidupkan semula muzik zaman lampau yang

telah terpinggir tetapi bernilai. Dia

menggabungkan gaya muzik klasik yang telah

dipelajarinya pada peringkat awal, dengan muzik

jaz, muzik dari India, serta dari negara-negara lain.

UMUM 
12

Kembali ke atas