SEPUTEH | SEPUTEH, petempatan lama pada abad ke-5 M. yang terletak di daerah Lampung, selatan Sumatera, Indonesia. Daripada catatan Fa-Hsien, pendeta Buddha, nama Seputeh ialah Yeh-Po-Ti. G.E. Gerini berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti terletak di pantai timur Sumatera, tetapi lokasinya tidak dijelaskan. Penulis dan beberapa sarjana lainnya berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti adalah transliterasi daripada nama Seputeh, daerah sekitar Sungai Seputeh, pantai timur Lampung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SUMATERA | Sumatera ialah pulau yang kedua terbesar di Indonesia selepas Kalimantan. Ia adalah pulau yang keenam terbesar di dunia. Sumatera, berserta pulau-pulau kecil yang berdekatan dengannya, terdiri daripada lapan wilayah atau provinsi. Wilayah-wilayah ini ialah Aceh, Bengkulu, Jambi, Lampung, Riau, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, dan Sumatera Barat. | UMUM | |
MOTINGGO BOESJE | MOTINGGO BOESJE (1937- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 28 September 1936 di Kupangkota, Lampung, Sumatera Selatan, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah dasar dan Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Teluk Betung. Dia meneruskan pendidikan di SMP di Bukittinggi setelah ibu bapanya meninggal dunia. Setelah tamat Sekolah Menengah Atas C (SMA II), Motinggo menyambung pelajarannya di Fakultas Hukum, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. | SASTERA | Tokoh |
PALAS PASEMAH | PALAS PASEMAH, tempat penemuan prasasti berbahasa Melayu kuno tentang kerajaan Sriwijaya. Palas Pasemah terletak berhampiran daerah Kalianda, Lampung Selatan, Sumatera SeIatan, Indonesia. Penemuan prasasti ini berlaku pada tahun 1958. Prasasti ini dipercayai dibuat pada akhir abad ke-7. Catatan pada prasasti Palas Pasemah tidak dapat dipisahkan daripada prasasti Kota Kapur dan· prasasti Karang Brahi. Ketiga-tiga prasasti ini diletakkan dalam kerangka tiga prasasti lainnya yakni prasasti Kedukan Bukit, Talang Tuo dan Telaga Batu, yang juga merupakan sumber yang dapat mengungkapkan sejarah kerajaan Sriwijaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG | SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG (? - ?), Sultan Banten (1651 – 1682). Nama sebenar baginda ialah Sultan Abdulfath Abdul Fattah Agung. Baginda adalah pemerintah tempatan terakhir yang merdeka di Sunda. Baginda berusaha mengembangkan Banten sebagai pusat eksport lada dari Sunda dan Lampung. Baginda juga telah meluaskan lagi hubungan dengan Ambon, Makasar, dan Jawa Timur untuk tujuan pengumpulan hasil rempah. Sultan Abdul Fattah mengadakan hubungan dengan Perak untuk perdagangan bijih timah. Hubungan dagang ini juga merupakan usaha baginda mencabar monopoli Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KAIN LIMAR | KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang. | BUDAYA | Kraf Tangan |