Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali. Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira 652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini adalah deras di bahagian atas tetapi beransur perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M., kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal). |