Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.car] | لنچر

Definisi : terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang­-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu; 2. menghafaz, selalu meng­ulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; lancaran sl sj perahu yg laju: pd ketika itu kelengkapan Suir dua puluh ~ bertiang tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; pelancar 1. = pelancaran ark pelantar, pelantaran; 2. kayu palang (baluk) yg menghubungkan dua tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIAREA

Diarea ialah keadaan yang dicirikan oleh buang

air besar yang lancar dan kerap. Najis biasanya

cair, lembut dan mungkin mengandungi mukus,

nanah atau darah.

UMUM 
SNEAD, SAM

Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika

yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan.

Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana

pukulannya yang kuat dan ayunannya yang

lancar dan bersahaja.

UMUM 
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM 
NISTAGMUS

Nistagmus ialah gerakan mata yang berirama dan

di luar kawalan. Mata boleh bergerak dari sisi ke

sisi, ke atas dan ke bawah, dalam bulatan, atau

gabungan bentuk-bentuk gerakan tersebut.

Pergerakan ini boleh cepat atau perlahan, dan

tersentak-sentak atau lancar.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 

Kembali ke atas