Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langat

Puisi
 

Masak nasi periuk tergantung,
     Hanyut sampan dari Langat;
Apa nasib badan diuntung,
     Petang-petang asyik teringat.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAHYA NAZIMYAHYA NAZIM (1919-    ), nasionalis.  Dia lahir pada 29 Mac 1919 di Batu 13, Hulu Langat, Selangor.  Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Langat hingga Darjah Lima. Dia kemudiannya memasuki kelas khas untuk menjadi guru di Dusun Tua.  Pada tahun 1935, dia belajar di sekolah pondok di Batu Hampar, Kedah.  Pada tahun 1937, dia bersekolah di Gunung Semanggol, Perak. Dia dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah tersebut.  Pendidikannya terjejas kerana sekolah ini terpaksa ditutup apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JUGRA

JUGRA, pusat pentadbiran kerajaan Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor Keempat (m.m 1859 – 1898).  Jugra terletak dalam daerah Kuala Langat, Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN

RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di  Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AISHAH GHANI, TAN SRI

AISHAH GHANI, Tan Sri (1924-     ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat (1973-1984). Dia lahir pada 5 Jun 1924 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
WAN IBRAHIM WAN SOLOH

WAN IBRAHIM WAN SOLOH, Dato’ (1905-1994), pentadbir dan sejarawan. Dia lahir di Kelang, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kelang (1915).  Keluarganya yang rapat dengan golongan istana Selangor membolehkan dia diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1920 hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1925.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDINKapsyen          :           Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin

 

SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAHKapsyen          :           Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH  (1926-     ), Sultan Selangor yang kelapan (1960-    ). Gelaran penuh baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Baginda diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar, Kuala Langat, Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas