[lang.gam] | لڠݢم
Definisi : Mn 1. cara, kaedah, laku, adat kebiasaan: menurut ~ dan pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina; 2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan asli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lang.gam] | لڠݢم
Definisi : 1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)