Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langkawi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LANGKAWI

LANGKAWI,  pulau yang terbesar antara lebih kurang  200 pulau yang disebut Kepulauan Langkawi. Langkawi terletak di pertemuan perairan Selat Melaka dengan Lautan India, di barat laut negeri kedah, Semenanjung Malaysia. Kuala Perlis yang terletak di semenanjung, lebih kurang 30 km jauhnya dari Langkawi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DEKLARASI LANGKAWI SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
TOUR DE LANGKAWISukan berbasikal yang menggabungkan pelancongan di Malaysia.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MAHSURI

Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau

Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal

abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya

dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung

Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah

tujuh keturunan’.

UMUM 
ISMAIL HASHIM

ISMAIL HASHIM (1934 -      ) qari peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dia lahir pada tahun 1934 di Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi dari Darjah Satu hingga Darjah Tiga dan di Sekolah Melayu Air Hitam, Langkawi, dari Darjah Tiga hingga Darjah Empat. Selepas perang tamat pada tahun 1940-an, Ismail menyambung pelajarannya di Maktab Sultan Mahmud, Alor Setar.

BUDAYATokoh
CERITA SULUNG JAWA

Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965.

SASTERAKarya
DIALEK MELAYU KEDAHDIALEK MELAYU KEDAH, dialek yang umumnya digunakan di utara Semenanjung Malaysia, khasnya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara. Walaupun meliputi empat negeri, dialek ini lazimnya dinamakan dialek Melayu Kedah (DMK) kerana negeri Kedah merupakan kawasan yang paling luas mempunyai penutur dialek ini. Oleh sebab kawasannya luas, dialek ini dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek Perlis-Pulau Langkawi, Kedah Pesisiran, Kedah Utara dan Pulau Pinang.BAHASABahasa

Kembali ke atas