LANUN | | UMUM | |
KIDD, WILLIAM | Kidd, William (1645?–1701), lanun Scotland yang terkenal. Semasa muda, dia bekerja sebagai kapten kapal bersenjata untuk Inggeris menentang Perancis. | UMUM | |
MORGAN, SIR HENRY | Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam perdagangan dan perebutan tanah jajahan. Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada tahun 1671, dialah yang menyebabkan kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah. | UMUM | |
ORANG VIKING | Orang Viking merupakan kaum pelaut yang bangkit untuk menguasai utara Eropah pada zaman pertengahan. Sejarah cenderung menggambarkan mereka sebagai pahlawan dan lanun bengis yang mengganas di Eropah sejak akhir tahun 700-an hingga kira-kira tahun 1100. Walau bagaimanapun, pada ketika itu kelasi Viking yang berani juga menjelajah Lautan Atlantik Utara malah hingga ke Amerika. Tindakan rompakan di laut dan penjelajahan mereka ini telah menyebabkan zaman ini dinamakan Zaman Viking dalam sejarah Eropah. Sungguhpun demikian, orang Viking juga merupakan pelukis, pencerita dan juga penyair yang mempunyai bakat semula jadi. | UMUM | |
SELKIRK, ALEXANDER | Selkirk, Alexander (1676–1721) ialah orang Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun 1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah bertengkar dengan kapten kapal. Atas permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640 kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A Cruising Voyage Around the World . Kapten Edward Cooke pula memerikannya dalam A Voyage to the South Seas dan Round the World . Selkirk lahir di Largo, Fifeshire. Lihat juga Juan Fernandez. | UMUM | |
PERAMPASAN | Perampasan adalah melibatkan rampasan kenderaan komersial secara paksaan atau melalui ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini, perampasan banyak melibatkan kapal terbang utama yang juga dikenali sebagai perampasan kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir tahun 1960-an perampas kapal terbang telah merampas beberapa ratus kapal terbang. Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian. Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang yang melibatkan penumpang terbunuh dan kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara mengenakan denda yang tegas kepada perampas kapal terbang. | UMUM | |
SANTIAGO DE CUBA | Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago. | UMUM | |
KOTA BELANDA | KOTA BELANDA, kota yang dibina oleh Belanda bagi mengatasi masalah gangguan lanun di sekitar Lumut. Kota ini terletak di Pulau Pangkor, Perak dan dibina pada tahun 1670. Kota Belanda berukuran 3.5m persegi dan tingginya 6.7 m dan diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1680, kota kayu ini digantikan dengan batu-bata. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MONTE CRISTO | Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi terkenal melalui novel Alexandre Dumas The Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan bagaimana hero menjumpai harta di pulau tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut. Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi rancangan ini tidak berjaya. | UMUM | |
BENTAN | BENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka. Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m. Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut. Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas. Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |