Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw lengkuas; ~ jambek = ~ mekah sj tum­buhan (herba), Canna edulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laos


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAOS UMUM 
SUNGAI MEKONG

Sungai Mekong ialah sungai yang terbesar di

Semenanjung Indochina. Panjang Sungai Mekong

lebih kurang 4000 kilometer dan mengalir ke

tenggara dari provinsi Qinghai, China lalu

membentuk sebahagian sempadan antara Thailand

dengan Laos. Sungai ini menyeberangi Laos,

Kemboja, dan Vietnam sebelum mengalir masuk ke

Laut China berhampiran Bandar raya Ho Chi Minh. Di

kawasan hilir deltanya, Sungai Mekong ini dikenali

sebagai Sungai Sai Gon. Lihat Thailand (peta). Kapal

hanya dapat memudiki Sungai Mekong sehingga

lebih kurang 550 kilometer. Lebih jauh ke pedalaman,

sungai ini dihalang oleh jeram dan beting pasir.

Lihat juga Asia (gambar: Sungai Asia).

UMUM 
KEMBOJA

Kemboja ialah negara di Asia Tenggara yang

bersempadan dengan Thailand, Laos, dan Vietnam.

Negara ini juga dikenali sebagai Kampuchea. Nama

ini ialah satu variasi ejaan Kemboja. Pada tahun 1989,

kerajaan negara ini mengisytiharkan bahawa nama

itu ditukar daripada Kampuchea kepada Cambodia.

UMUM 
DOOLEY, THOMAS ANTHONY, III

Dooley, Thomas Anthony, III (1927–1961),

doktor Amerika yang menjadi masyhur pada tahun

1950-an sebagai doktor hutan di Laos.

UMUM 
ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merangkumi semenanjung dan

kepulauan di sebelah timur India dan Bangladesh

serta di sebelah selatan China. Rantau ini

mengandungi negara Brunei Darussalam,

Myanmar, Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina,

Singapura, Thailand, Vietnam dan sebahagian

besar Indonesia.

UMUM 
PERSETIAAN GENEVA

Persetiaan Geneva ialah suatu siri daripada

empat perjanjian antarabangsa yang ditandatangani

pada 20 dan 21 Julai 1954. Perjanjian ini menamatkan

peperangan lebih daripada 7 tahun di bekas tanah

jajahan Perancis, di Indochina. Dalam peperangan

tersebut, kuasa tentera Kemboja, Perancis, Laos, dan

negara Vietnam telah memerangi pasukan tentera

Vietminh. Vietminh ialah gerakan nasionalis yang

dikuasai oleh komunis dan dipimpin oleh Ho Chi

Minh, pemerintah Republik Demokrasi Vietnam.

Kerajaan Vietnam berpusat di Selatan Vietnam.

Kerajaan Republik Demokrasi Vietnam berpangkalan

di Utara Vietnam.

UMUM 
TIMUR JAUH

Timur Jauh ialah istilah yang kadangkala

digunakan untuk merujuk pada bahagian yang

paling timur di Asia. Mengikut tradisi, istilah ini

digunakan untuk merujuk pada negara China,

Hong Kong, Jepun, Korea, Macao, Taiwan, dan

timur Siberia di Rusia. Wilayah ini, tidak termasuk

Siberia timur, kini sering disebut sebagai Asia

Timur. Makna bagi istilah Timur Jauh kadangkala

diperluas hingga merangkumi Asia Tenggara.

Negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada

Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos,

Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan

Vietnam. Istilah Timur Jauh dicipta oleh negara

Eropah. Wilayah ini terbentang jauh ke timur

Eropah.

Lihat juga rencana tentang negara-negara dan

unit politik lain yang dijelaskan dalam rencana ini.

UMUM 
SOMPOTON

SOMPOTON, alat muzik tiupan yang dimainkan oleh semua kaum bumiputera Sabah, khususnya kaum Dusun Kadazan dan Murut.  Selain di Malaysia, sompoton juga boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina serta negara lain seperti Laos dan Taiwan.

BUDAYAAlat/Alatan
PERSIDANGAN AFRO-ASIA

PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika.  Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955.  Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman.  Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SARUNG

SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut  atau pinggang hingga ke paras buku lali.  Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas