Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, mem­biarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Puisi
 

Mudik beralun kelong ditahan,
     Bemban hanyut dengan uratnya;
Perut lapar lalu kutahan,
     Hati rindu tiada ubatnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAPAR UMUM 
ANOREKSIA NERVOSA

Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang

membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini

biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita

muda. Perkataan anoreksia bermakna tiada selera ,

walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam

keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan

disebabkan oleh alasan psikologi.

Sesetengah penghidap anoreksia mengalami

perasaan ketagihan makanan, yang disebut

bulimia . Dalam keadaan begini mereka akan makan

dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa

diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan.

Lihat Bulimia.

UMUM 
DERIA

Deria ialah cara haiwan bersel banyak

memberitahu apa yang berlaku dalam

persekitarannya. Ramai orang menyangka

bahawa manusia hanya mempunyai lima deria

— pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan

sentuhan. Tetapi terdapat  jenis deria lain

yang memberi maklumat tentang kedudukan dan

pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria

ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan,

dan rasa dahaga.

UMUM 
SINDROM PRAHAID (SPH)

Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang

melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari

sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai

pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan,

perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis,

berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak,

kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan

kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin

mengalami beberapa gejala ini pada masa yang

sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk.

UMUM 

Kembali ke atas