SNAPDRAGON | Snapdragon ialah sekumpulan tumbuhan tahan lasak yang bunganya berwarna-warni. Setiap bunga mempunyai dua bibir yang terbuka seperti rahang apabila sisi dipicit. Lebah madu membuka bibir bunga ini untuk mendapatkan madu. Apabila tekanan dilepaskan, bibir bunga tertutup. | UMUM | |
ASFODEL | Asfodel ialah tumbuhan semula jadi yang lasak dan berasal dari kawasan Mediterranean. Bunganya berwarna kuning pucat dan berbentuk seperti trompet itu tumbuh dalam kelompok terburai. Akar asfodel tebal dan berisi. Daunnya yang panjang lagi nipis itu tumbuh bergugusgugus, hampir seperti daun dafodil (lihat Dafodil ). Pengelasan saintifik: Asfodel adalah dalam famili lili, Liliaceae. Ia adalah <i> Asphodeline lutea i> . | UMUM | |
MARIGOLD | Marigold ialah pohon berbunga tahan lasak yang biasanya ditanam dalam taman. Ketinggian Marigold adalah antara 15 sentimeter hingga 90 sentimeter. | UMUM | |
TALI PINTAL | Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang diperbuat daripada utas serat daun yang kuat, selalunya daripada pokok sisal atau <i> henekuen i>. Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus daripada kord dan lebih tebal daripada benang. Lihat juga Abaka; Sisal. | UMUM | |
SOLOMON'S-SEAL | Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai mohor raja Solomon yang mistik. | UMUM | |
SNEEZEWORT | Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Ia dinamakan <i>sneezewort i>kerana baunya yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin. Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga 60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih. Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah <i>Achillea ptarmicai>. | UMUM | |
KAP | Kap ialah ikan yang besar dan tahan lasak. Ia boleh hidup di perairan panas, berumpai, dan mengalir perlahan yang kaya dengan krustasea, serangga, dan tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
AVEN GUNUNG | Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus <i> Dryas i> . Aven gunung kuning yang terdapat di kawasan “Rockies” Kanada (Canadian Rockies) ialah <i> D. drummondii i> . Aven gunung biasa ialah <i> D. octopetala i> . | UMUM | |
SAXIFRAGE | Saxifrage adalah mana-mana satu daripada sekumpulan tumbuhan yang kecil, tahan lasak yang tumbuh di bahagian sejuk dan sederhana di Hemisfera Utara. Tumbuhan ini diberi nama <i> saxifrage, i> yang bermakna <i> pemecah i> <i> batu i> , kerana ia biasanya tumbuh pada batu-batan atau di celah batu-batan. | UMUM | |
KACANG BUNCIS BESAR | Kacang buncis besar ialah tumbuhan tahunan yang tahan lasak yang tumbuh sehingga kira-kira 1.8 meter tinggi. Ia ialah tanaman makanan yang penting, terutamanya di Amerika Latin. | UMUM | |