MOORE, THOMAS | Moore, Thomas (1779–1852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk ‘Believe Me If All Those Endearing Young Charms, ‘The Last Rose of Summer’ dan ‘Oft in the Stilly Night’. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. | UMUM | |
SANTAYANA, GEORGE | Santayana, George (1863–1952) ialah ahli falsafah dan pengarang. Dia lahir di Sepanyol tetapi membesar di Amerika Syarikat dan menghabiskan kira-kira sebahagian umurnya di sana. Dia melahirkan falsafahnya dalam karya bersifat teknikal dan juga dalam dialog, esei kesusasteraan, sonet, dan novel, The Last Puritan (1936). | UMUM | |
OWEN, GORONWY | Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda). Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki Oxford University dan berkhidmat sebagai pembantu paderi dan guru besar di Shropshire dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760 sehingga kematiannya. | UMUM | |
SCHONGAUER, MARTIN | Schongauer, Martin (1450?–1491), salah seorang pelukis Jerman yang bekerja keras sebagai pengukir. Dia menjadi pengukir yang paling mahir di Eropah pada tahun 1470-an dan tahun 1480-an. Karyanya sangat mempengaruhi pelukis muda, terutamanya Albrecht Dürer, dan ditiru secara meluas di kebanyakan negara. Lukisan Martin Schongauer yang paling mashyur ialah Virgin in the Rose Arbor (1473) dan mural yang besar, iaitu Last Judgement (kira-kira tahun 1491) di Bréisach. Ukirannya yang paling terkenal ialah The Death of Virgin Mary, The Temptation of Saint Anthony, dan Christ Bearing the Cross. Martin Schongauer lahir dan bekerja di Columer, Alsace (kini Perancis). | UMUM | |
TENIS DIRAJA | Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak semukur yang berbumbung curam atau emper, bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama tertentu seperti chase a yard worse than last gallery dan hazard chase the door. | UMUM | |
ARDEN, JOHN | Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris yang menjadikan pertentangan antara seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi dengan seorang individu yang penuh dengan imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964), The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It Frankly (1979). | UMUM | |