PENULIS WARTAWAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan. Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’. Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka. Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail, Ahmad Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali. Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran. | SASTERA | Karya |
ALIRAN PERGERAKAN NEGARA (ALIRAN) | Aliran Pergerakan Negara (Aliran), sebuah pergerakan sosial. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan menggalakkan tindakan sosial dalam kalangan masyarakat untuk keadilan. Ahli pergerakan ini terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. 1"> | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
DATU UDTOG MATALAM | DATU UDTOG MATALAM (1900-an - ?), pemimpin Islam Filipina. Dia lahir di Pagalungan, Cotabato. Pengaruhnya sebagai Gabenor Cotabato amat kuat, malah kerajaan Filipina di Manila tidak berani menentangnya. Dia memerintah Cotabato seolah-olah wilayah tersebut milik peribadinya. Salah satu asas kekuatannya ialah latar belakang keluarganya, iaitu keluarga Matalam di Pagalungan di bahagian hulu dan keluarga Sinsuat di bandar Cotabato di bahagian hilir. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CERITA DARI BLORA | CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas. 1"> | SASTERA | Karya |
DAMIRI MAHMUD | DAMIRI MAHMUD (1946- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 Januari 1946 di Hamparan Perak, Sumatera, Indonesia. Sejak kecil dia telah diperkenalkan dengan dunia kesufian dan filsafat Islam oleh ayahnya, Khatib Mahmud, Imam Besar Kesultanan Deli yang terkenal. Semasa memperkenalkan tokoh sufi dan filasuf Islam itu, ayahnya selalu menyelitkan ajaran moral sebagai pegangan hidup. Ibunya pula, Siti Rahmah, banyak memperdengarkannya syair Melayu dan hikayat lama. Latar belakang inilah yang mempengaruhi karyanya seperti cerpen, novel, dan terutamanya puisi. Damiri mengutamakan nilai keagamaan sebagai isi karya. 1"> | SASTERA | Tokoh |