Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.te.ral] | لاترل

Definisi : (Bio) berkaitan dgn, ke arah, di atau dr sisi: kecederaan di bahagian ~ saraf; sirip ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lateral


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKLEROSIS LATERAL AMIOTROFIK

Sklerosis lateral amiotrofik, juga dikenali

sebagai ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) ialah

penyakit sistem saraf yang jarang berlaku dan tidak

dapat disembuhkan. Ia juga dikenali sebagai

Penyakit Neuron Motor. ALS secara beransuransur

memusnahkan saraf yang mengawal otot.

Kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian

berlaku. Doktor menasihati pesakit supaya terus

aktif selagi mereka boleh. Tiada rawatan yang

boleh menghentikan ALS.

UMUM 
ALS

ALS lihat Sklerosis lateral amiotrofik.

UMUM 
PRISMA

Prisma ialah sebuah bungkah padu yang

mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh

tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini

merupakan poligon yang mempunyai saiz dan

bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya

bersegi dan selari.

UMUM 
MORAIN

Morain ialah tanah dan batu yang dibawa oleh

glasier dan ditinggalkan apabila ais cair. Morain

juga bermakna sekumpulan bahan di dalam

glasier atau di permukaan glasier atau rabung

tidak rata yang bahan ditinggalkan di tepi ais yang

sedang cair. Pada setiap bahagian glasier di

lembah gunung merupakan serpihan batu yang

telah bergolek ke atas ais dari cerun berhampiran.

Serpihan batu ini membentuk morain lateral.

UMUM 

Kembali ke atas