PERTEMPURAN LAUT KARANG | Pertempuran Laut Karang lihat Perang Dunia II (Pertempuran Laut Karang) ; Tentera udara (Jadual: Perang udara yang masyhur). | UMUM | |
NIMITZ, CHESTER WILLIAM | Nimitz, Chester William (1885–1966), berkhidmat sebagai pemerintah tertinggi tentera laut Armada Pasifik Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia menjadi pemerintah armada tersebut pada 31 Disember 1941, kira-kira tiga minggu selepas angkatan laut tersebut hampir lumpuh akibat serangan tentera Jepun di Pearl Harbor. | UMUM | |
TERUSAN KIEL | Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal (Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel. Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11 meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
DOENITZ, KARL | Doenitz, Karl (1891–1980), laksamana Jerman, menjadi ketua turus angkatan laut Jerman pada bulan Januari 1943, semasa Perang Dunia II. | UMUM | |
SCAPA FLOW | Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland. Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13 kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat skuadron Armada Utama British semasa Perang Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan kapal perang British, Royal Oak , semasa melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun 1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi terminal penting untuk saluran paip minyak dari Laut Utara. Lihat juga Orkney. | UMUM | |
PERTEMPURAN BOYNE | Pertempuran Boyne ialah pertempuran muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja James II England dengan penggantinya, William III, untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin. | UMUM | |
MONSARRAT, NICHOLAS | Monsarrat, Nicholas (1910–1979) ialah penulis British. Dia terkenal dengan novelnya The Cruel Sea (1951), sebuah cerita pertempuran laut semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga menulis The Story of Esther Costello (1953), The Tribe That Lost Its Head (1956), Smith and Jones (1963), Richer Than All His Tribe (1969), Breaking In, Breaking Out, dan The Master Mariner Running Proud (1979). Monsarrat yang lahir di Liverpool, England, berkelulusan Cambridge University. Dia berpindah ke Kanada pada tahun 1953. | UMUM | |
TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
SEVASTOPOL | Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam, di bahagian barat daya Semenanjung Krimea di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta). Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea. Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918, semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika Perang Dunia II telah memusnahkan bandar tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar bandar ini telah didirikan semula. | UMUM | |
ORAN | Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira 360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]). Oran menjadi tempat untuk menjalankan perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah. Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708, dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun 1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun 1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina semula Oran. Tentera Amerika membuat pangkalan di sana semasa Perang Dunia II. | UMUM | |