PROJEK PENGOREKAN LAUT DALAM | Projek Pengorekan Laut Dalam lihat Lautan Atlantik. | UMUM | |
PINGGIR BENUA | Zon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
NEPTUNE | Neptune ialah dewa laut dalam mitologi Rom. Neptune mempunyai kuasa terhadap laut dan pelaut. Misalnya, Neptune boleh menyebabkan – atau menghalang – ribut berlaku di laut. Neptune menyerupai dewa Yunani yang bernama Poseidon. Seperti Poseidon, dia juga merupakan dewa gempa bumi dan kuda. | UMUM | |
DAMPIER | Dampier (pend. 2201) ialah sebuah pelabuhan laut dalam dan perbandaran di King Bay (Teluk King) di sebelah pantai barat laut Autralia Barat. Pelabuhan ini dibina oleh Hamersely Iron Pty. Ltd. sebagai jalan keluar utama bagi bijih besi yang diperoleh dari Mount Tom Price dan Paraburdoo. | UMUM | |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
MURRAY, SIR JOHN | Murray, Sir John (1841–1914) ialah ahli alamiah, pengkaji laut dan peneroka laut dalam Britain. Dia menjadi pakar mengkaji dasar laut. Dia ialah salah seorang ahli alamiah yang menyertai ekspedisi H.M.S. Challenger, yang membuat kajian saintifik di dalam lautan dan dasar lautan pada tahun 1872 hingga tahun 1876. Kemudian, Murray mengedit 50 jilid laporan saintifik yang ditulis tentang ekspedisi itu. Dia juga menulis The Depths of the Ocean (1912) dan The Ocean (1913), dan tulisan itu dianggap klasik dalam bidang tersebut. Murray lahir di Kanada. Dia memperoleh ijazah dari University of Edinburgh. Dia membuat kajian yang penting tentang tasik-tasik di Scotland. | UMUM | |
SOTONG | Sotong ialah moluska laut (haiwan yang berbadan lembut tidak bertulang) yang serupa dengan sotong kurita, nautilus dan sotong katak. Sotong hidup di semua laut, biasanya di laut dalam. Ia sering berenang dalam kumpulan yang besar. | UMUM | |
PICCARD | Piccard ialah nama keluarga ahli sains Switzerland yang sangat terkenal dalam bidang aeronautika (penerbangan) dan kajian lautan dengan mereka bentuk dan menguji belon beraltitud tinggi yang baru dan juga kapal selam laut dalam. Auguste dan Jean Piccard, dua saudara kembar lahir di Basel, Switzerland dan mendapat pendidikan di Zurich. Jacques Piccard, anak lelaki Auguste lahir di Brussel, Belgium , dan memperoleh ijazah dari University of Geneva . | UMUM | |
SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |
O'CONNOR, C. Y. | O’Connor, C. Y. (1843–1920) ialah jurutera yang bertanggungjawab terhadap rancangan membekalkan air bersih ke kawasan emas di Australia Barat melalui saluran paip dari kawasan tadahan dan empangan simpanan sejauh 557 kilometer. Dia mereka bentuk dan menyelia pembinaan pelabuhan laut dalam yang selamat di Fremantle. Dia juga memperbaik perkhidmatan jalan kereta api. | UMUM | |