Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.vén.der] | لاۏيندر

Definisi : (lavénder) sj tumbuhan drpd genus Lavandula yg bunganya berwarna ungu muda dan berbau harum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lavender


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAVENDER UMUM 
STATIS

Statis, yang juga dikenali sebagai lavender laut,

ialah tumbuhan di Eropah Barat yang tumbuh di

rawang masin. Ia tumbuh dengan banyak dan

menjadikan rawang kelihatan berwarna biru

keunguan pada musim panas.

UMUM 
MIMOSA

Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok

renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu

pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan

panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji

atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper.

Bunganya yang kecil berwarna putih, samar,

lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia,

Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa

bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka

terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat

apabila disentuh. Ini melindunginya daripada

dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat

mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan

ragut.

Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa.

Semalu ialah M. pudica.

UMUM 
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas