| COMMON LAW | | UMUM | |
| OLMSTED, FREDERICK LAW | Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk oleh konsepsinya tentang masyarakat bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan menggalakkan pekerti halus dan budaya yang pada pandangannya mampu diperoleh oleh warganegara sesebuah republik. | UMUM | |
| SKIM MISSISSIPPI | Skim Mississippi ialah satu projek kewangan yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish, memulakan rancangan tersebut dan kemudian menubuhkan organisasi The Mississippi Company. Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika Syarikat, dan di Kanada. | UMUM | |
| SUAREZ, FRANCISCO | Suarez, Francisco (1548–1617) ialah ahli teologi Sepanyol yang agung dan pengasas falsafah undang-undang antarabangsa. Dalam karyanya yang masyhur, On Law, dia menentang teori hak ketuhanan raja-raja dan memberi penekanan terhadap keperluan persetujuan rakyat dalam orde politik yang adil. Suarez berpendapat bahawa idea empayar Kristian Zaman Pertengahan tidak mungkin lagi diamalkan dengan kemunculan pemerintahan sendiri kerajaan kebangsaan beraja. Suarez lahir di Granada. Dia menjadi Jesuit pada tahun 1564. | UMUM | |
| KECUAIAN SERTAAN | Kecuaian sertaan atau kesalahan bersama ialah satu bentuk pembelaan dalam satu tindakan dalam Common Law bagi mendapatkan ganti rugi atas kecederaan atau kemudaratan yang timbul disebabkan kecuaian sesuatu pihak. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| KANUN JUSTINIAN | Kanun Justinian. Justinian I, pemerintah Empayar Rom Timur dari tahun 527 M. hingga tahun 565 M., memerintah 10 orang yang paling bijaksana dalam jajahannya untuk menggubal satu koleksi undang-undang Rom. Koleksi ini dikenali sebagai Corpus Juris Civilis, yang bererti Body of Civil Law juga dikenali sebagai Justinian. | UMUM | |
| MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, TUN | MOHAMED ZAHIR HAJI ISMAIL, Tun (1924 - 2004) ahli politik, Speaker Dewan Rakyat (sejak 1982). Dia lahir pada 19 Mac 1924 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London hingga memperoleh Barrister-at-Law pada tahun 1955. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| THE COURT OF HIGH COMMISSION | The Court of High Commission merupakan mahkamah yang terpenting dalam mahkamah eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan untuk mendengar kes yang membabitkan penentangan terhadap Gereja England. The Court of High Commission ini diwujudkan pada sekitar tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan paderi. Ia juga mendengar kes perceraian. The Court of High Commission ialah gereja yang seumpama Court of Star Chamber (lihat Star Chamber ). Penubuhannya membangkitkan kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan bertentangan dengan prinsip common law di England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di Court ini adalah antara mereka yang terbabit dengan persengketaan yang dibicarakan. The Court of High Commission ini dihapuskan oleh Parlimen Long pada tahun 1641. | UMUM | |
| UNDANG-UNDANG KEDAH | UNDANG-UNDANG KEDAH, satu himpunan undang-undang yang berkuat kuasa di Kedah. Undang-undang ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh R.O. Winstedt dan dimuatkan dalam Jurnal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS), Jilid 6, 1928 dengan judul Kedah Law. | BUDAYA | Konsep |
| NIK AHMAD KAMIL NIK MAHMUD | NIK AHMAD KAMIL NIK MAHMUD, Tan Sri (1909 – 1977), pentadbir dan ahli politik. Dia lahir pada bulan Julai 1909, di Kota Bahru, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Majlis Ugama, Kota Bahru. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada Tahun 1930, dia tamat Barrister-at-Law di Lincoln Inn, London. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |