Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wa/.la.wa/] | لاوق٢

Definisi : tempat makanan kuda (burung dll), palung; tinggi ~ suka hidup berlebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa/.la.wa/] | لاوق٢

Definisi : perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lawak-lawak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMU LAWAKTanaman herbaPERTANIANFlora dan Fauna
RABELAIS, FRANÇOIS

Rabelais, François (1494?–1553?) ialah ahli

humanisme Perancis yang menghasilkan dua

hikayat komedi yang berjudul Gargantua and

Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel

ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya,

Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk

mempersoal dan menguji institusi-institusi yang

paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian

komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya

mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan

mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam

perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana

humornya yang agak kasar, Rabelais menulis

dengan serius tentang banyak perkara.

UMUM 
DULMULUK

Dulmuluk, seni teater tradisional yang menggabungkan lakonan, tarian, lagu, syair dan lawak jenaka secara spontan. Teater ini dikatakan berasal daripada Syair Hikayat Abdul Muluk yang dikarang oleh Raja Ali Haji.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
BAKAT TV

BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri.

BUDAYAKegiatan

Kembali ke atas