NASH, THOMAS | Nash, Thomas (1567–1601?) ialah penulis Inggeris pada zaman Elizabeth yang karya-karyanya menggambarkan kehidupannya yang ganas. Dia terlibat dalam banyak pertikaian, dan mengkritik lawannya di dalam pamplet yang ditulisnya dengan baik. Nash mungkin cukup dikenali pada hari ini kerana bukunya The Unfortunate Traveller ; or , The Life of Jack Wilton (1594), contoh prosa fiksyen yang terbaik pada zaman Elizabeth. | UMUM | |
BUSH, GEORGE | Bush, George (1924– ), presiden Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1993. Pada tahun 1992, George Herbert Walter Bush dikalahkan oleh Gabenor Bill Clinton dari Arkansas, lawannya dari Parti Demokrat. | UMUM | |
MENGGOLEK BALAK | Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an di kem balak di Kanada dan di utara Amerika Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir “menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka mengadakan pertandingan untuk mendapatkan pada setiap bahagian hujung kayu balak yang terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau mengundurkan pergerakannya dengan cepat sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air. | UMUM | |
SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun ...”. (Surah al-Rum 30:1–4) | UMUM | |