Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wa.tan] | لاوتن

Definisi : perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa.tan] | لاوتن

Definisi : hasil (hal dsb) melawat atau melawati; kunjungan: ~ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disambut dgn meriah oleh penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lawatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEATER SENI MOSCOW

Teater Seni Moscow, merupakan salah sebuah

teater yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an.

Teater ini mempersembahkan pementasan drama

oleh pengarang Rusia yang terkenal dan pernah

membuat beberapa lawatan ke negara Barat. Teater

ini terkenal kerana pementasan drama yang ditulis

oleh penulis Rusia seperti Anton Chekhov, Maxim

Gorki, dan Leo Tolstoy.

UMUM 
OLD VIC

Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran

Waterloo Station di London. Bertahun-tahun

lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan

drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini

menjadi rumah sementara bagi National Theatre.

Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai

Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan

Ratu Victoria semasa baginda masih seorang

puteri.

UMUM 
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
TRISNO SUMARDJO

TRISNO SUMARDJO (1916 – 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 – 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 – 1948). Dia juga menjadi editor majalah Seniman (1947 – 1948), ketua majalah Indonesia (1947 – 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah Seni (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah Gala (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 – 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta.

SASTERATokoh
PEREDAR

PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2.  Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah:

BAHASAKarya

Kembali ke atas