Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan awam British yang menjadi pelindung pertama orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli (buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli- kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak, malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai pelindung adalah untuk menghentikan layanan buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan ketat sebagai langkah mengawal perjudian. |