PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |
LAYAR PROJEKSI | | UMUM | |
IKAN LAYAR | Ikan layar ialah ikan besar yang mempunyai sirip belakang yang besar yang kembung seperti layar | UMUM | Umum |
TEBAR LAYAR | Dinding atau penutup bahagian hujung bumbung cerun pada sesebuah bangunan. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
PERLUMBAAN KAPAL LAYAR SYDNEY-HOBART | Perlumbaan kapal layar Sydney-Hobart ialah salah satu pertandingan laut yang klasik di dunia. Ia bermula di Sydney pada Boxing Day , 26 | UMUM | |
LAYAR TERKEMBANG | LAYAR TERKEMBANG, novel Indonesia karya Sutan Takdir Alisjahbana. Novel ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1936. | SASTERA | Karya |
PIALA AMERIKA | Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851, skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali sebagai Piala Amerika. | UMUM | |
PEMBELAUAN FRAUNHOFER | Berlaku apabila cahaya dari sumber cahaya yang selari dengan kanta dihalang oleh celah pembelau dan difokuskan ke atas layar menggunakan kanta di belakang celah tersebut sehingga jarak sumber cahaya dan layar adalah infinit dari celah pembelau. | FIZIK | Fenomena |
DUNBAR | Dunbar, kapal layar yang pecah terlanggar batu di luar pelabuhan Sydney di Australia pada 20 Ogos 1857. | UMUM | |
MARY CELESTE | Mary Celeste ialah kapal layar Amerika yang ditemui ditinggalkan di Lautan Atlantik pada tahun 1872. Kehilangan anak kapalnya adalah satu daripada misteri laut yang besar. | UMUM | |