POLIGAMI | Poligami lazimnya boleh dirujuk kepada satu sistem di mana seorang lelaki beristeri lebih daripada seorang pada suatu masa, atau kurang lazimnya, apabila seorang wanita bersuami lebih daripada seorang pada suatu masa. Perkataan poligami berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermaksud banyak perkahwinan . Sarjana menggunakan istilah poligami untuk menunjukkan lelaki yang beristeri lebih daripada seorang, dan poliandri untuk menunjukkan wanita yang bersuami lebih daripada seorang. | UMUM | |
MOTIVASI | Motivasi lazimnya merujuk kepada apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu bertindak atau berperilaku sebagaimana yang dilakukan pada sesuatu masa. Ramai orang mempunyai perasaan yang jelas terhadap bagaimanakah rasanya jika mereka dimotivasikan untuk melakukan sesuatu. Namun, ahli sains mendapati bahawa adalah amat susah hendak mendefinisikan motivasi. Apabila mengkaji motivasi, ramai di antara ahli psikologi dan ahli sains perilaku memfokus kepada dua aspek khusus perilaku yang dimotivasikan – iaitu pembangkitan perilaku dan arah tujuan perilaku itu. | UMUM | |
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN | Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan oleh perusuh dengan menggantung seseorang tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan. Mangsa penggantungan tanpa perbicaraan tidak ada peluang bagi mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma menganggap mangsanya bersalah, sama ada dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas sedemikian pernah berlaku di beberapa negara pada berlainan masa, namun begitu, istilah menggantung tanpa perbicaraan secara khusus dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan perbuatan menggantung tanpa perbicaraan melalui undang-undang. Sesetengah negeri menjalankan dakwaan mengikut undang-undang menentang homisid, rusuhan dan serangan. Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang menggantung tanpa perbicaraan yang khusus. Namun begitu, pengawalan melalui undang-undang tidak berjaya mencegah menggantung tanpa perbicaraan. | UMUM | |
ALMANAK | Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan mengenai populasi, industri dan pengeluaran ladang. | UMUM | |
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA | Mahkamah Keadilan Antarabangsa lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia, merupakan agensi kehakiman yang tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini menyediakan saluran untuk menyelesaikan secara aman masalah persengketaan undang-undang pada peringkat antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang dikemukakan oleh sesebuah negara atau organisasi antarabangsa. Keputusannya berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan. Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja. Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan undang-undang antarabangsa. | UMUM | |
SEGREGASI | Segrerasi ialah pengasingan kumpulan manusia mengikut adat atau mengikut budaya. Ia lazimnya berasaskan perbezaan asal usul etnik, agama, kekayaan, atau budaya. Sesetengah orang menganggap perbezaan sedemikian amat penting. | UMUM | |
ALIRAN GELORA | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
GANDINGAN ALIRAN TETIUB | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
BIARA | Biara ialah sebuah komuniti keagamaan, yang lazimnya terdiri daripada wanita, yang telah mengangkat sumpah keagamaan dan hidup di bawah peraturan agama yang ketat. Istilah ini biasanya digunakan bagi merujuk sebuah mazhab atau persatuan rahib wanita Kristian, dan khusus merujuk bangunan yang menempatkan mereka. Ketua sesebuah biara lazimnya dikenali sebagai ketua biarawati, tetapi mungkin mempunyai gelaran yang berlainan seperti abbess atau prioress. | UMUM | |
STYRON, WILLIAM | Styron, William (1925– ) ialah penulis novel Amerika. Walaupun latar yang dipaparkan dalam fiksyennya berbeza, Styron lazimnya dikenali sebagai penulis Selatan. Prosa Sytron yang kerapkali amat berkesan dan teliti itu memperlihatkan pengaruh penulis Selatan, iaitu William Faulkner. | UMUM | |