DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
KAIN LEBAR | Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut, kemeja dan gaun. | UMUM | |
DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
PULAU KANGGARU | Pulau Kanggaru ialah pulau terbesar yang terletak di luar pesisir Australia Selatan. Panjangnya ialah 145 kilometer dan 44 kilometer lebar di bahagian yang paling lebar. Keluasannya ialah 4300 kilometer persegi dan merupakan pulau ketiga terbesar di perairan Australia. Pulau ini terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Adelaide. Ia dipisahkan dari daratan oleh Selat Investigator. | UMUM | |
ARUS PERU | Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin meniup air permukaan yang panas, menyebabkan air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan. Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat Humboldt, Baron von ). | UMUM | |
TELUK BISCAY | Teluk Biscay merupakan peluasan Lautan Atlantik di pantai barat Eropah. Ia terletak ke barat Perancis dan utara Sepanyol. Pinggir laut Teluk Biscay sepanjang kira-kira 640 kilometer. Lebar teluk ini kira-kira 480 kilometer pada bahagian yang paling lebar. | UMUM | |
ARC DE TRIOMPHE | Arc de Triomphe terletak di pangkal lebuh lebar yang dibarisi pokok yang dikenali sebagai Champs Élysées di Paris. Ia terletak di Place Charles de Gaulle (dahulunya Place de l’Etoile) tempat bertemu 12 lebuh. Namanya bermakna Gerbang Kemenangan . | UMUM | |
SIMBAL | Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar. Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul dua simbal bersama-sama atau dengan cara memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau yarn. | UMUM | |
PULAU MARIA | Pulau Maria ialah pulau kecil (tidak lebih 19 kilometer panjang dan 13 kilometer lebar) di pantai timur Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia. Penjelajah Belanda, Abel Tasman melawat pulau itu pada tahun 1642. Pulau tersebut dihuni oleh Orang Asli Tasmania sehingga kira-kira pada tahun 1820. | UMUM | |
POKOK TULIP | Pokok tulip juga dinamakan poplar kuning dan poplar tulip , ialah pokok daun lebar yang tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3 meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari selatan New England hingga ke Florida dan ke arah barat hingga ke selatan Missouri dan Louisiana. | UMUM | |