Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : lebar nya,lebar nya,lebaran

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebarnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
TELUK CARPENTARIA

Teluk Carpentaria ialah cabang Laut Arafura

yang terbentang ke arah utara Australia. Lebarnya

lebih kurang 480 kilometer dan panjangnya 640

kilometer. Airnya cetek di kebanyakan tempat.

Lapisan lumpur dan paya bakau terdapat di

sepanjang pantainya. Untuk lokasi, lihat Australia

(peta).

UMUM 
TASIK BANGWEULU

Tasik Bangweulu ialah sebuah lekukan cetek

kira-kira 80 kilometer panjang dan 48 kilometer

lebarnya, di bahagian utara Zambia (Rhodesia

Utara). Untuk lokasinya, lihat Zambia (peta).

UMUM 
MALAWI

Malawi ialah negara kecil yang berpemandangan
indah di tenggara Afrika. Panjangnya lebih kurang
850 kilometer dan lebarnya dari 80 kilometer hingga
160 kilometer. Malawi terletak di pantai barat Tasik
Nyasa, yang dikenali sebagai Tasik Malawi di negara
tersebut. Aktiviti gunung berapi purba
menyebabkan Malawi mendapat tanah yang subur.
Tetapi gunung-ganang, hutan rimba, dan padang
ragut yang kasar menyebabkan hanya lebih kurang
satu per tiga bumi negara ini sesuai untuk pertanian.

UMUMUmum
SELAT BASS

Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah

besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia

(peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang

240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini

dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus

lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan

mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang

tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass,

termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat

ini dinamakan sempena nama George Bass, yang

belayar melaluinya bersama-sama Matthew

Flinders pada tahun 1798.

UMUM 
SAKHALIN

Sakhalin ialah pulau panjang yang terletak di

luar pantai timur Siberia. Panjangnya lebih kurang

970 kilometer dan lebarnya dari 26 kilometer

hingga 160 kilometer. Penduduknya seramai

709 000 orang dan luasnya 76 300 kilometer

persegi. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta politik).

UMUM 
TASIK TAUPO

Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah

Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di

New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat

yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer.

Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di

New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar

Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak

berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah

selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak

gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan

Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di

banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan

selatan tasik ini.

UMUM 
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
TASIK TORRENS

Tasik Torrens ialah tasik air masin yang cetek di

Australia Selatan. Panjang tasik ini ialah 193

kilometer dan lebarnya 64 kilometer. Luasnya 5776

kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Australia (peta

rupa bumi).

UMUM 
123456

Kembali ke atas