TEMBAGA | Tembaga, merupakan salah satu logam yang paling berguna semenjak lebih dari 7000 tahun. Kini, kegunaan logam yang berwarna oren kemerahan-merahan ini begitu meluas, iaitu daripada pembuatan palung air di rumah hinggalah kepada pembinaan sistem panduan elektronik bagi roket. | UMUM | |
RATA | Rata ialah kenderaan dua roda atau empat roda, yang biasanya ditarik oleh seekor kuda. Rata adalah antara kenderaan beroda yang terawal. Ia mungkin mula dibina di Mesopotamia, iaitu sebuah kawasan di Timur Tengah lebih dari 4000 tahun yang silam. Rata dua roda telah digunakan dalam pertempuran oleh kebanyakan orang zaman purba, termasuk orang Assyria, Mesir, Yunani, Parsi dan Rom. | UMUM | |
KONGRES YAHUDI SEDUNIA | Kongres Yahudi Sedunia ialah persatuan antarabangsa bagi pertubuhan Yahudi dari lebih 70 buah negara. | UMUM | |
TANGERIN | Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata . Lihat juga Tangelo; Tangor. | UMUM | |
ZAMAN YAMATO | Zaman Yamato ialah satu masa dalam sejarah Jepun lebih kurang dari tahun 200 M. hingga tahun 646 M. Pada zaman ini, maharaja Jepun memerintah dari kawasan Yamato; iaitu kawasan di sekeliling bandar Nara kini. | UMUM | |
SELAT MENAI | Selat Menai ialah selat yang sempit di antara pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak berhampiran. | UMUM | |
YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA) | Young Men’s Christian Association (YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh 25 juta ahli dari lebih 90 buah negara. | UMUM | |
TERJUN UDARA | Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh secara bebas sebelum payung terjun kembang. Penerjun udara biasanya terjun pada altitud sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih daripada 160 kilometer sejam. Mereka mengembangkan payung terjun pada altitud 600 meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam. Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter. Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan penerjun udara terjun bebas bersama-sama membuat formasi berbentuk geometri. | UMUM | |
TAUHU | Tauhu ialah makanan yang dibuat daripada dadih kacang soya dalam bentuk ketuhar atau bongkah. Tauhu berasal dari China lebih daripada 1000 tahun dahulu. Kini, tauhu adalah sumber utama protein di seluruh timur Asia. | UMUM | |
APENDIKS | Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian pertama usus besar. | UMUM | |