LEGENDA | | UMUM | |
PIED PIPER OF HAMELIN | Pied Piper of Hamelin ialah satu watak mitos yang telah dimasyhurkan oleh Robert Browning dalam sebuah puisi yang berasaskan satu legenda. Menurut legenda tersebut, bandar Hamelin (kini Hameln ) di Jerman telah dipenuhi dengan tikus. | UMUM | |
DON JUAN | Don Juan ialah wira legenda yang termasyhur dalam kesusasteraan. Legenda ini berasal dari Eropah pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
TELL, WILLIAM | Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. | UMUM | |
TARQUINIUS | Tarquinius ialah nama bagi dua daripada tujuh raja legenda Rom. Lucius Tarquinius Priscus (memerintah dari tahun 616 S.M. hingga tahun 578 S.M.), ialah raja Rom yang kelima. Mengikut cerita legenda, Lucius lahir di Etruria dan bukan daripada keturunan diraja. Baginda datang ke Rom dan menjadi sahabat baik kepada raja, Ancus Marcius, yang kemudiannya telah melantik Lucius sebagai penjaga kepada puteranya. Apabila raja mangkat, Priscus telah dipilih untuk menggantikan raja. | UMUM | |
KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SIEGFRIED | Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang muda, Siegfried memperoleh harta karun Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga membunuh seekor naga dan mandi dengan darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu, meninggalkan tanda yang tidak terlindung. | UMUM | |
MEPHISTOPHELES | Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust. Dalam buku The History of Johann Faust (1587) yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama 24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak menyukai cahaya atau mungkin juga daripada perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel (penipu). | UMUM | |
ATLANTIS | Atlantis ialah sebuah benua legenda yang dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula- mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani, Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan benua itu pun tenggelam ke dasar lautan. | UMUM | |
MAHSURI | Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah tujuh keturunan’. | UMUM | |