Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leguminosae


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MULGAMulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneuraUMUMUmum
SIALANG

SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna
SEMALU

Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun,

yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera

Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak

daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah

kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama,

tangkai daunnya membengkok ke arah batang

utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh.

Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau

sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak

anggota famili kacang pis tertutup pada waktu

malam.

Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa

pudica .

Lihat juga Tumbuhan telegraf.

UMUM 
MIMOSA

Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok

renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu

pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan

panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji

atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper.

Bunganya yang kecil berwarna putih, samar,

lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia,

Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa

bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka

terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat

apabila disentuh. Ini melindunginya daripada

dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat

mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan

ragut.

Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa.

Semalu ialah M. pudica.

UMUM 
ASAM JAWA

Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik,

yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh

23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun

yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang

kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan

hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji.

Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna

perang yang digunakan untuk membuat minuman

yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini

dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai

makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di

bahagian panas yang di dunia.

Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam

famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah

Tamarindus indica .

UMUM 

Kembali ke atas