KECAPI | Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat pada lehernya pada sudut tajam. | UMUM | |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |
ALAT MENGUJUT | Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan menempatkan pesalah di atas kerusi dan memasang alat mengujut di lehernya. Alat mengujut yang dipasang pada tiang besi yang terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat dengan menggunakan skru sehingga pesalah lemas. | UMUM | |
NENE | Nene, juga dikenali sebagai angsa Hawaii , ialah burung nadir di Hawaii. Ia juga adalah burung rasmi Hawaii. Nene panjangnya 56 sentimeter hingga 66 sentimeter. Ia berwarna perang dengan bulu pelepah yang panjang berwarna kuning di lehernya. Ia hidup di desa terbuka dan memakan terutamanya rumput. Nene betina bertelur tiga hingga enam biji telur berwarna putih krim. Pada tahun 1950, hanya wujud kira-kira 50 ekor. Sejak itu, bilangan nene bertambah banyak hasil daripada program pembiakan dan perlindungan. Pengelasan saintifik. Nene tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Nesochen sandvicensis. Lihat juga Burung (gambar: Burung di Kepulauan Lautan). | UMUM | |
PIS GURUN STURT | Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa yang meliputi kawasan yang luas di bahagian kontang di Australia pada musim yang baik. Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh, mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter, dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang kembang diikuti dengan lenggai yang sempit, keras, berwarna perang, setiap satunya mengandungi banyak biji keras. | UMUM | |
YELLOWTHROAT | Yellowthroat ialah burung siul hutan yang hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di kawasan berumput basah dan rawang, di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna hijau buah zaitun dan lehernya berwarna kuning-jingga terang. | UMUM | |
OKAPI | Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5 meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan okapi berwarna perang berangan tua, mukanya putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk yang pendek dan berbulu. | UMUM | |
BURUNG SIKAP MALAM | Burung sikap malam banyak menyerupai whippoorwill, yang ada hubungan dengannya. Burung ini bukan burung helang. Burung sikap malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan putih, dan bertompok putih pada lehernya. | UMUM | |
PRONGHORN | Pronghorn ialah haiwan berhuf yang hidup di Amerika Utara. Badannya gempal, telinganya besar, kakinya kurus dan ekornya pendek. Warnanya berbeza-beza daripada perang cerah hingga kepada perang kemerahan. Ia mempunyai sedikit bulu putih pada bahagian bawah, pinggul, sisi muka dan lehernya. | UMUM | |
SURAH AL-MASAD | Surah al-Masad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-111 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Masad (tali yang dipintal) berdasarkan lafaznya yang terdapat pada surah ini dalam ayat kelima yang bermaksud: “Yang lehernya ada tali dari sabut.” | UMUM | |