Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ku/] | لکوق

Definisi : 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ku/] | لکوق

Definisi : 1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan); berkeluk ke dlm (spt kanta); jeluk; lembang: ~ mata rongga tempat biji mata. 2 daun terup yg bergambar jantung. berlekuk ada atau terdapat lekuk: Jalan ke rumahnya ~-lekuk. melekuk menjadi lekuk. melekukkan menyebabkan sesuatu menjadi lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,

Puisi
 

Dua tiga kusepak raga,
     Datang sepak kusepak juga;
Dua tiga keris di dada,
     Datang lekuk kulekuk juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali tanah yang lekuk.

Bermaksud :

Kerja yang bukan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DENAI OREGON

Denai Oregon merupakan jalan darat yang

terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam

perluasan wilayah ke arah barat Amerika

Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200

kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi

pergunungan dari Independence, Missouri, ke

Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat

masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda

kereta kuda di sepanjang seksyen denai.

UMUM 
TELUK

Teluk ialah sebahagian daripada laut, tasik, atau

kumpulan air yang sama yang membentuk satu

lekuk di garis pesisir dan disempadani oleh

tanjung atau tanjung tinggi. Teluk biasanya terjadi

apabila paras air bagi sesuatu kumpulan air naik

melebihi paras tanah yang bersebelahan dan

menenggelamkannya.

UMUM 
ZIP

Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan

ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing

ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk

yang boleh padan dengan elok antara satu dengan

lain.

UMUM 

Kembali ke atas