Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerak­geri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, mem­perlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : (léla) sl beberapa jenis meriam: memutih layar mengkuang, memutih ceropong ~; ~ rambang sj meriam yg mulutnya ber­corong; ~ rentaka sj meriam yg boleh diputar­-putar (dibuat drpd besi baja); kalau tidak berlela baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja; melela; besi ~ besi baja; keris ~ keris yg tidak berpamor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ beberapa jenis meriam kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.la] | ليلا

Definisi : /léla/ tingkah laku atau gerak geri yg elok. berlela berlagak; bermain (pedang dll); bergaya. melela melagakkan diri dgn melakukan gerakan yg elok-elok; menunjuk-nunjuk: Maka Hang Tuah pun bangkit berdiri seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar. melelakan menggerak-gerakkan (badan, pedang dsb) dgn elok. selela-lela sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lela


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LELA RENTAKA

LELA RENTAKA, meriam yang boleh dipusing-pusing. Lela rentaka biasa digunakan oleh penduduk di pesisiran dan di muara sungai. Meriam ini dipasang di tepi perahu yang tapaknya ditebuk khas untuk memasukkan puting lela rentaka bagi memudahkan meriam itu dipusing-pusing menghala ke sasarannya.

BUDAYAArtifak/Mentifak
DATO' MAHARAJA LELA

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? – 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato’ Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL RAHMAN ISHAK, DATO' SERI LELA DIRAJAABDUL RAHMAN ISHAK, Dato Seri Lela Diraja (  ? -1939), berkhidmat sebagai budak raja pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ANAK MAT LELA GILA

ANAK MAT LELA GILA, novel karya Ishak Haji Muhammad yang diterbitkan oleh The Annies Printing Works, Johor Bahru, pada tahun 1941 dalam tulisan Jawi.  Novel ini dicetak ulang beberapa kali oleh beberapa penerbit dalam tulisan Rumi.

SASTERAKonsep
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEPUTUM

SEPUTUM (  ?  -1876), pawang yang dititahkan oleh Sultan Perak membunuh J.W.W. Birch.  Dia juga dikenal sebagai Sekutum. Dia berketurunan Melayu dan tinggal di Pasir Salak.  Seputum telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah melalui Dato’ Maharaja Lela supaya membunuh Birch. Dia juga diperintahkan supaya merahsiakan rancangan mereka itu.  Jika dia membocorkan rahsia, dia serta anak isterinya akan dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUHAMMAD SYAHSULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka.  Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa.  Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak.  Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah.  Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' KELANA MAAMOR

DATO’ KELANA MAAMOR (1877-1945), Undang Luak Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Maamor bin Kasim. Dia ialah waris di hulu, dipilih sebagai Undang Luak Sungai Ujong, menggantikan Dato’ Kelana Lela Setia Muhammad Yusuf  Hashim pada tahun 1889.

       .

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' MAHARAJALELA

Dato’ Maharajalela (  ?  -1877), Orang Besar Delapan Perak.  Nama sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tuk Mahmud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERISTIWA PASIR SALAK

PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875.  Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan.  Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
12

Kembali ke atas