LELA RENTAKA | LELA RENTAKA, meriam yang boleh dipusing-pusing. Lela rentaka biasa digunakan oleh penduduk di pesisiran dan di muara sungai. Meriam ini dipasang di tepi perahu yang tapaknya ditebuk khas untuk memasukkan puting lela rentaka bagi memudahkan meriam itu dipusing-pusing menghala ke sasarannya. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
DATO' MAHARAJA LELA | DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? – 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato’ Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL RAHMAN ISHAK, DATO' SERI LELA DIRAJA | ABDUL RAHMAN ISHAK, Dato Seri Lela Diraja ( ? -1939), berkhidmat sebagai budak raja pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ANAK MAT LELA GILA | ANAK MAT LELA GILA, novel karya Ishak Haji Muhammad yang diterbitkan oleh The Annies Printing Works, Johor Bahru, pada tahun 1941 dalam tulisan Jawi. Novel ini dicetak ulang beberapa kali oleh beberapa penerbit dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Konsep |
PANDAK ENDUT | PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British. Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak. Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya. Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SEPUTUM | SEPUTUM ( ? -1876), pawang yang dititahkan oleh Sultan Perak membunuh J.W.W. Birch. Dia juga dikenal sebagai Sekutum. Dia berketurunan Melayu dan tinggal di Pasir Salak. Seputum telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah melalui Dato’ Maharaja Lela supaya membunuh Birch. Dia juga diperintahkan supaya merahsiakan rancangan mereka itu. Jika dia membocorkan rahsia, dia serta anak isterinya akan dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUHAMMAD SYAH | SULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka. Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak. Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' KELANA MAAMOR | DATO’ KELANA MAAMOR (1877-1945), Undang Luak Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Maamor bin Kasim. Dia ialah waris di hulu, dipilih sebagai Undang Luak Sungai Ujong, menggantikan Dato’ Kelana Lela Setia Muhammad Yusuf Hashim pada tahun 1889. . | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' MAHARAJALELA | Dato’ Maharajalela ( ? -1877), Orang Besar Delapan Perak. Nama sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tuk Mahmud. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |