Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mas] | لمس

Definisi : tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : tidak dpt bernafas kerana tenggelam dlm air (kena gas dll); sesak bernafas: Sudah dua orang yg mati ~ dlm kolam itu. ~ fikiran tidak dpt berfikir; bingung. melemaskan menjadikan lemas: Asap yg tebal itu telah ~ beberapa orang kanak-kanak. kelemasan menderita lemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak boleh bernafas, sesak bernafas.,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMAS UMUM 
ALAT MENGUJUT

Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia

pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam

upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan

menempatkan pesalah di atas kerusi dan

memasang alat mengujut di lehernya. Alat

mengujut yang dipasang pada tiang besi yang

terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat

dengan menggunakan skru sehingga pesalah

lemas.

UMUM 
NIX

Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat

Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut

perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di

dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari

muzik dan menari, dan kadangkala menjemput

manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka

dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas.

UMUM 
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 

Kembali ke atas