Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELAYU RAYA

MELAYU RAYA, akhbar Melayu.  Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 Ogos 1950, oleh Melayu Raya Press Limited, di Singapura.  Akhbar ini dipimpin oleh Harun Aminurrashid yang juga menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.  Antara ahli lembaga pengarah yang lain ialah Ibu Zain Sulaiman, Othman Abdul Rahman, Mohd. Salleh Alwi, Bahria Idris, Haji Mohd. Ali Haji Ali, Amir Haji Omar dan Mohd. Salleh Haji Ali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA

GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British   untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas