Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu daging


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABERDEEN-ANGUSAberdeen-Angus lihat Lembu (Lembu daging).UMUM 
MURRAY GREYS

Murray Greys ialah baka lembu daging yang

paling tua dan paling terkenal di Australia. Baka ini

mengalami evolusi daripada lembu landuk pendek

berwarna perang dan putih yang dibawa masuk

secara tidak sengaja ke kawasan lembu hitam Angus

yang dimiliki Peter Sutherland di Thologolong pada

tahun 1905.

UMUM 
DAGING LEMBU

Daging lembu ialah daging yang diperoleh

daripada lembu matang. Ia ialah satu daripada

makanan utama bagi manusia di banyak negara.

UMUM 
DAGING LEMBU MUDA

Daging lembu muda ialah makanan yang

mahal harganya dan terdapat di beberapa buah

negara Eropah. Daging ini mahal kerana ia lembut

dan cerah warnanya.

UMUM 
VEGETARIANISMEVegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya.PEMAKANANProses/Tindak Balas
DAGING

Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan.

Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot,

tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap

sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan

di negara industri diperoleh daripada haiwan yang

diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging

yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi,

biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging

haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu,

ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan

daging.

UMUM 
SEMENANJUNG CAPE YORK

Semenanjung Cape York terletak di hujung

utara Queensland, Australia. Semenanjung ini

menganjur 800 kilometer ke utara dari Cairns dan

meliputi kawasan seluas lebih kurang 230 000

kilometer persegi. Satu juluran tanah tinggi timur di

sepanjang pantai timur. Dataran yang menganjur

rendah rata menganjur ke Teluk Carpentaria di

sebelah barat. Petani di kawasan selatan menternak

biri-biri dan lembu daging. Salah satu daripada

lombong bauksit terbesar di dunia terletak di Weipa

di barat semenanjung ini.

Lihat juga Queensland (peta).

UMUM 
SOSEJ

Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging

cincang dan dibubuh perasa. Daging yang

digunakan untuk membuat sosej termasuk daging

lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu,

dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh

perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam,

lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia.

Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis

bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan

sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit

memberi warna kepada sosej dan membantu

mencegah pertumbuhan bakteria yang

menyebabkan sejenis keracunan makanan yang

dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala

menambah gin atau wain merah kepada sosej

untuk memberikannya rasa yang istimewa.

UMUM 
EKSTRAK DAGING

Ekstrak daging ialah pes berperisa daging

pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan

sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan

menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam

untuk membuat kiub rebusan.

UMUM 
LEMBU PEDAGING

Lembu pedaging, haiwan daripada genus Bos, tergolong dalam famili Bovidae yang dipelihara untuk daging sebagai hasilan utama.

PERTANIANKonsep
12

Kembali ke atas