| SIKU | Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus – tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi humerus-ulna dan sendi humerus-radius membolehkan seseorang membengkokkan lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna dan sendi humerus-radius membolehkan seseorang memutarkan lengan bawah dan memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah. | UMUM | |
| PERGELANGAN TANGAN | Pergelangan tangan ialah sendi yang menyambungkan tangan dan lengan bawah. Kita menggunakan pergelangan tangan untuk menggerakkan tangan ke atas, ke bawah dan ke sisi. Perkataan pergelangan tangan juga merujuk kepada satu kawasan di bahagian atas tangan. Kawasan ini termasuk lapan tulang kecil yang dinamakan karpal. | UMUM | |
| TIMBANGAN DAN UKURAN | Timbangan dan ukuran ialah piawai yang digunakan untuk mencari saiz benda. Sistem ukuran yang terawal berdasarkan pada unit seperti kaki dan hasta (panjang lengan bawah manusia) yang mudah digunakan, atau berdasarkan pada berat logam berharga. Sistem ini telah digantikan dengan sistem metrik, yang dicipta di Perancis pada tahun 1790-an, berdasarkan pada meter, gram atau kilogram, dan saat. | UMUM | |
| ELL | Ell ialah ukuran panjang yang dikira dari lengan bawah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Anglo-Saxon, eln atau Teutonik, alina, yang bermakna lengan bawah dari hujung jari hantu hingga siku. | UMUM | |
| SENTORA | Sentora ialah makhluk dalam mitologi Yunani. Makhluk ini mempunyai kepala, lengan, dan bahu manusia dengan bahagian bawah tubuh serta kakinya seperti kuda. | UMUM | |
| SPAN | Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
| ARGONAUT | Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15 sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita, argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas. Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan tidak membentuk cangkerang. Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah Argonauta argo. | UMUM | |
| TENDON | Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat, yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih. Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh manusia (gambar: Ligamen dan tendon). | UMUM | |