Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngang] | لڠڠ

Definisi : 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barang­kali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepi­kan: pemindahan beramai-ramai oleh pen­duduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngang] | لڠڠ

Definisi : 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengang (adjektif)
Bersinonim dengan sepi, sunyi, tidak sibuk, tidak ramai orang, senyap, diam, hening, kosong, hana;,
Kata Terbitan : melengangkan, kelengangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEATH VALLEY

Death Valley terletak khususnya di timur

California tengah, Amerika Syarikat. Sebahagian

kecilnya sahaja berada dalam Nevada. Pada tahun

1849, sekumpulan peneroka memberi nama

kepada kawasan lembah ini selepas mereka

melintasi kawasan lengang dan gersang. Pada

tahun 1933, Death Valley menjadi sebahagian

daripada Death Valley National Monument.

UMUM 

Kembali ke atas