Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.gai] | لڠݢاي

Definisi : buah yg kulitnya keras dan memecah dua (buah kacang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.gai] | لڠݢاي

Definisi : 1 jenis buah yg berkulit keras dan memecah apabila tua (kacang dll). 2 kulit buah yg keras dan memecah apabila tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lenggai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEKABUH KAPAS

Kekabuh kapas ialah kumbang kecil yang

memakan bahagian dalam lenggai biji kapas dan

menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman

kapas. Berasal dari Mexico dan Amerika Tengah,

kekabuh kapas merebak ke utara hingga ke Texas,

Amerika Syarikat, kira-kira pada tahun 1890. Sejak

itu, ia telah merebak ke kebanyakan kawasan

tanaman kapas di Amerika Syarikat.

UMUM 
PAPRIKA

Paprika ialah perasa merah. Ia disediakan dengan

mengisar lenggai kering lada yang dikenali sebagai

lada benggala.

UMUM 
PURU

Puru ialah ketumbuhan tak normal pada tumbuh-

tumbuhan yang biasanya membonjol. Puru boleh

terbentuk pada akar, daun, bunga dan lenggai biji.

UMUM 
KEKABU

Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut

dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya

selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya

daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu

tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri

Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika.

UMUM 
MIMOSA

Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok

renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu

pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan

panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji

atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper.

Bunganya yang kecil berwarna putih, samar,

lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia,

Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa

bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka

terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat

apabila disentuh. Ini melindunginya daripada

dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat

mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan

ragut.

Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa.

Semalu ialah M. pudica.

UMUM 
OKRA

Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender”

ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya

yang belum matang, yang digunakan untuk

memasak stew, untuk memekatkan sup dan

memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah

tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5

meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan

bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan

bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya

dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi

kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila

membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak

ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis

bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas.

Ia berasal dari Afrika.

Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili

mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus .

UMUM 
POINCIANA

Poinciana juga dikenali sebagai pokok

bersemarak adalah satu daripada pokok bunga di

kawasan tropika yang tercantik. Ia berasal dari

Madagascar, tetapi telah ditanam dengan meluas

dalam iklim panas kerana gugusan besar bunganya

berwarna terang. Setiap bunga lebarnya dari lapan

hingga 10 sentimeter dan mempunyai lima kelopak

merah yang terbuka luas. Satu daripada kelopaknya

bercarik-carik dan berbintik-bintik kuning. Terdapat

10 stamen yang panjang yang tumbuh ke atas

daripada bunga. Bunganya yang kembang

mengeluarkan lenggai biji berwarna perang

keunguan, yang sekurang-kurangnya 60 sentimeter

panjang. Lenggai ini mengandungi biji yang keras

dan berbentuk lonjong. Di sesetengah negara,

lenggainya digunakan sebagai bahan bakar.

UMUM 
LESPEDEZA

Lespedeza ialah nama bagi sekumpulan herba

dan tumbuhan bak pokok renek. Ia tumbuh di Asia,

Australia dan Amerika Utara. Lespedeza dikenali

sebagai klover belukar . Daunnya mempunyai tepi

yang licin dan tiga anak daun. Bunganya yang kecil

berbentuk kacang pis tumbuh bergugus-gugus.

Buahnya adalah lenggai yang pendek berbiji satu.

UMUM 
PETAI

Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada

masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di

hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar,

tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya

berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih,

tersusun padat pada jambak yang bertangkai

panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira

6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung

pada pangkal jambaknya.

UMUM 
ASAM JAWA

Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik,

yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh

23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun

yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang

kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan

hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji.

Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna

perang yang digunakan untuk membuat minuman

yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini

dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai

makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di

bahagian panas yang di dunia.

Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam

famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah

Tamarindus indica .

UMUM 
12

Kembali ke atas