Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.nyap] | لڽڤ

Definisi : 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepada­nya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, ke­musnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.nyap] | لڽڤ

Definisi : 1 hilang drpd pandangan; tidak kelihatan lagi: Pemuda itu ~ di balik belukar. 2 lena (bkn tidur); nyenyak: Sesudah diberi ubat, barulah ia tidur ~. melenyapkan menyebabkan jadi lenyap; menghilangkan; menghapuskan: Muawiyah telah ~ sistem pemerintahan demokrasi dan mewujudkan sistem monarki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenyap
1. Bersinonim dengan hilang
( lesap, lelap, lipur, tenggelam, hapus, luput, lupus, terkikis, melayang, gelibat, sirna, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan wujud

2. Bersinonim dengan lena: tidur, nyenyak, lelap, nyedar,

3. Bersinonim dengan jatuh hati
( kasih, cinta, sayang, )
(kata kerja,)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : melenyapkan, kelenyapan, pelenyapan,

Peribahasa

Seperti batu jatuh ke lubuk.

Bermaksud :

Hilang lenyap.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POMPEII

Pompeii ialah kota purba di Itali yang telah lenyap

selepas letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 M.

Beratus-ratus tahun lamanya, kota ini tertanam di

bawah lapisan abu dan batu.

UMUM 
MANIK BAILY

Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang

yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di

belakang bulan atau muncul semula dari sebalik

bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat

Gerhana).

UMUM 
SUPERNOVA

Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan

menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada

matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap

yang paling terang, supernova mungkin bersinar

lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi.

Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke

angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu

mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari.

UMUM 
DATARAN NULLARBOR

Dataran Nullarbor ialah penara batu kapur

kering yang terletak di Australia Barat dan barat

daya Australia Selatan. Ia merupakan kawasan

yang tidak mempunyai sungai di permukaannya.

Ia mendapat hujan purata kurang daripada 254

milimeter setahun. Hujan yang turun di atas dataran

ini lenyap dengan cepat melalui batu kapur.

UMUM 
NOTORNIS

Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir

yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung

ini juga dikenali sebagai takahe. Ia kini pupus di

Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau

Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa

spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga

tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains

menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada

tahun 1948.

UMUM 
SURAH AL-TAKWIR

Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. Ia

dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman

Allah S.W.T. bermaksud:

“Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan

hilang lenyap)”.

(Surah al-Takwir 81:1)

UMUM 
TASIK LADAM

Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan

yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari

sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk

apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang

lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan

longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung

lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini

akhirnya memisahkannya daripada sungai utama.

Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin

dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan

tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap.

UMUM 
ATOMISME

Atomisme ialah pandangan falsafah yang

berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M.

Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah

atom – zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan,

tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam

ruang. Mereka menyangka bahawa atom

mempunyai pergerakan asal, tetapi juga

berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini,

dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama,

dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek

fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari

segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya.

UMUM 
ARETHUSA

Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi

Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan

Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis.

Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan

Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus

mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam

perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana

kasihankan perempuan itu, Artemis

menukarkannya menjadi mata air. Namun

demikian, Alpheus berjaya menawannya dan

kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani

menggunakan mitos ini untuk menerangkan

mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir

ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam

Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan

dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy

Bysshe Shelley.

UMUM 
BOROBUDUR

BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur.

Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M.  Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M.  Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota

Kembali ke atas