Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.puh] | لڤوه

Definisi : bengkak berair, menggelembung (kulit berisi air kerana terlalu hangat, bergesel, dsb); melepuh menjadi lepuh, melecet, melecer: kulitnya ~ kena api; sedang rebung baik dipatah, jadi buluh ~ jari prb masa kecillah diajar dan dididik jangan tunggu hingga besar; melepuhkan menjadikan melepuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.puh] | لڤوه

Definisi : bengkak berair (pd kulit) kerana terbakar dll. melepuh menggelembung dan berair (bkn kulit); menjadi lepuh; melecet: Tangannya ~ terkena api. lepuhan bahagian (kulit) yg melepuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepuh
Kata Terbitan : melepuh,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEPUH SEJUK

Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang

disebabkan oleh virus yang dinamakan virus

herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku

di mana-mana sahaja pada badan. Walau

bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada

muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran

mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila

seseorang itu mendapat selesema atau demam.

UMUM 
LEPUH UMUM 
KUMBANG SEPANYOL

Kumbang Sepanyol ialah sejenis kumbang

lepuh, bukan lalat sebenar. Ia terdapat di seluruh

Eropah. Kumbang ini panjangnya kira-kira 20

milimeter, dan biasanya berwarna hijau metalik

atau berwarna gangsa.

UMUM 
DERMATITIS

Dermatitis ialah radang kulit yang menyebabkan

gatal atau melecur. Ia menyebabkan kemerahan,

bengkak, lepuh, meleleh, kulit kasar atau kulit

bersisik. Ia mungkin disebabkan oleh geseran,

kepanasan, kesejukan, atau sinaran matahari.

Walau bagaimanapun, agen kimia adalah paling

biasa menyebabkan dermatitis.

UMUM 

Kembali ke atas