Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.su] | لسو

Definisi : 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) men­jadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.su] | لسو

Definisi : tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM 
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME)

Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali

sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis

gangguan yang menimpa kebanyakan orang

dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh

berlaku berulang kali dari semasa ke semasa

ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan

lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit

biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan

kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka

lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit

dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan

mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu

diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala

dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin

menyebabkan keadaan itu.

UMUM 
PARVOVIRUS KANIN

Parvovirus kanin juga dikenali sebagai

parvovirus, ialah penyakit berjangkit yang menjangkiti

anjing. Gejalanya termasuk diarea, muntah-

muntah, dan demam. Anjing yang menderita

penyakit parvovirus juga hilang selera makan,

kekurangan air, dan kelihatan lesu.

UMUM 

Kembali ke atas