LESUNG | LESUNG, alat penumbuk padi dan bahan makanan. Terdapat dua jenis lesung penumbuk padi, iaitu lesung kaki dan lesung tangan. Selain itu, terdapat juga lesung kecil yang diperbuat daripada batu untuk menumbuk rempah dan bahan makanan lain. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KETOPRAK | KETOPRAK, seni lakon di Jawa Tengah. Ketoprak diperkenalkan pada tahun 1920-an. Asal usul lakonan ini bermula daripada kisah seorang pegawai Pakubuwono IX di Yogyakarta yang tertarik hati pada sekumpulan wanita desa yang sedang menyanyi sambil menumbuk padi dengan menggunakan lesung. Bunyi dan irama lesung itu telah menarik perhatian pegawai tersebut. Dia, kemudiannya, menggubah irama tersebut dengan mengadunkannya dengan alat muzik tradisional yang lain. Hasil ciptaannya ini dinamakan ketoprak, iaitu berasal daripada perkataan ‘ketuk’. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TUMBUK KALANG | TUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau. Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi. Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan. Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
ANTAN | ANTAN, alat untuk menumbuk bijirin seperti padi dan beras. Antan ditumbuk ke dalam lesung untuk memisahkan padi daripada kulitnya. Antan juga digunakan untuk menumbuk emping dan beras. Antan, jika kecil, dikenal sebagai alu yang digunakan untuk melengkapi lesung tangan. | BUDAYA | Konsep |