Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas berjalan sehari­harian; 2. lapar; ~-letai letih benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /létak/ tidak bertenaga atau tidak berdaya; lemah: Dia berasa ~ setelah bekerja sehari-harian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Ambil sebiji letak di tepi,
     Budak-budak bermain di paya;
Tuan tidak ambil peduli,
     Tidakkah belas melihat saya.


Lihat selanjutnya...(42)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEJA SATAH

Meja satah ialah sejenis alat yang digunakan

dalam pengukuran dan pembuatan peta. Meja ini

terdiri daripada sebuah papan lukis yang diletakkan

di atas tripod (tempat letak berkaki tiga).

UMUM 
MOTEL

Motel ialah tempat yang menyediakan

kemudahan penginapan terutamanya kepada

pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di

persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan

pinggir bandar atau berhampiran lapangan

terbang. Semua motel menyediakan kemudahan

letak kereta secara percuma dan tetamu boleh

sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel

mempunyai restoran dan kolam renang.

UMUM 
SONGKET ACEH

SONGKET ACEH, kain songket yang diperbuat di Aceh dan lazimnya mempunyai tanah kain yang berwarna biru tua, hitam, ungu dan merah tua dengan cara pemakaian yang menunjukkan taraf sosial.  Songket Aceh dipakai oleh lelaki dan wanita.  Bagi masyarakat Aceh, pakaian wanitanya ialah seluar panjang yang diperbuat daripada bahan sutera hitam atau kain kapas yang disebut `silueue Aceh’, dan dilengkapi pula dengan sehelai kain sarung disebut `ija krung’.  Cara memakai kain juga dapat menerangkan dari daerah mana seseorang itu berasal, dengan melihat tinggi rendahnya letak sarung.  Bagi masyarakat pergunungan, letak kain lebih ke bawah dan bagi masyarakat pesisir, ikat kainnya lebih tinggi atau singkat.

BUDAYAPakaian
TEODOLIT

Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh

juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia

menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan

yang dinamakan transit. Teodolit memberikan

bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah

teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir

dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah

yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan

teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak

berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan

teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke

sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop

memberikan bacaan di sekitar horizon dalam

darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak

dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop

menyatakan bacaan menegak.

UMUM 

Kembali ke atas